[…] "Saya ada cadangan." Ia menghampiri saya seperti rakan saya, April yang selalu suka berbuat begitu apabila ingin memberitahu sesuatu rahsia, walaupun rahsianya tiada yang bagus. Ia juga bukanlah rahsia pun.
"Kalau awak tak beritahu sesiapa pasal kewujudan saya, saya boleh tolong pulihkan mata awak."
"Pergilah dari sini!"
Ia mengelip mata beberapa kali. "Itulah yang saya mahu lakukan."
"Maksud saya, awak tidak akan dapat pulihkan mata saya!"
"Mengapa pula tidak dapat?"
"Tak ada siapa yang berjaya pulihkan mata saya, selain dengan memakai cermin mata."
"Saya ada suatu kebolehan. Awak akan melihatnya, itupun kalau awak…"
"Tak beritahu sesiapa pasal awak?"
"Itulah maksud saya! Begitulah maksud saya!
"Bagaimana saya nak percaya bahawa awak takkan butakan saya? Awak ini seperti jurujual yang yang suka buat janji manis tetapi penuh dengan tipu helah."
Ia mula mencabut-cabut sesuatu pada badannya lagi. "Saya tidak akan mencederakan makhluk yang tidak berniat jahat terhadap saya."
"Maksudnya kalau saya apa -apakan awak, awak akan menjadikan saya buta?"
"Itu adalah atas dasar yang perlu awak ketahui."
"Kalau awak pulihkan mata saya dan saya pula merahsiakan kewujudan awak, awak akan pergi dari ladang ini?"
"Itulah maksud saya!" […]